7)
Menghayati sifat-sifat MahmudahSetiap pengurus dan pekerja harus setiap masa dan ketika berusaha memahami dan
menghayati melalui proses pengibadatan ‘sifat-sifat mahmudah’ ยบ di samping
berusaha mengikiskan sifat-sifat mazmumah di dalam kehidupan seharian termasuk
di dalam suasana bekerja. Sifat-sifat ini tidak mungkin dapat diterapkan tanpa
proses mujahadah khususnya memerangi kehendak nafsu syahwat yang tidak terbatas
itu. Cabaran dan ancaman yang terbesar yang dihadapi oleh pengurus dan pekerja
adalah cabaran menyekat kehendak nafsu syahwat. Setiap manusia perlu menghadapi
cabaran ini dengan penuh keinsafan dan waspada kerana syaitan dan iblis yang
menjadi musuh utama manusia begitu bijak tipu helah mereka dalam usaha mereka
untuk menipu helah manusia.