google-site-verification: google314e099c36007d9d.html Problems of Education: 2015

Tuesday 22 December 2015

KATA MUTIARA UNTUK MOTIVASI KEHIDUPAN

Saturday 19 December 2015

Cara mengetahui Jatidiri seorang Muslim

Seorang insan yang sejati mempunyai jatidiri, dihiasi dengan akhlak yang tinggi. dan akan lahirl dalam reality apabila adanya asas-asas yang sejati.

1. 1. 1: PENGERTIAN.
Jatidiri bermaksud diri yang tulen, diri yang murni. Dari segi istilah jatidiri ialah sikap atau perangai murniyang telah sebati dengandiri seseorang sama ada berbentuk luaran atau dalaman.
Melayu beerti nama suatu bangsa dan bahasa(di semenanjung malaysia); masuk melayu beerti mengikut cara hidup orang melayu atau masuk Islam. Melayu ialah yang beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan melayu –Islam
Melayu juga diertikan sebagai seseorang yang menganut agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, mengikut adat istiadat Melayu dan lahir atau berdomisil di Persekutuan atau Singapura.
Hamka pula menakrifkan Melayu sebagai setiap orang yang berbahasa Melayu.
Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan. Bangsa Melayu wujud dan berkembang atas landasan Islam. Mereka yang menolak Islam akan tersisih dari masyarakat Melayu.

Friday 18 December 2015

Cara menanamkan Sikap Ihlas




Definisi ikhlas yang jelas adalah melakukan sesuatu amalan semata-mata hanya untuk mencari ridha Allah SWT, dan keridhaan Allah itu bisa didapatkan apabila aktivitas yang dilakukan tersebut adalah sesuatu yang sesua

i dengan syariah. Jadi bisa dikatakan bahwa syarat ikhlas ada dua, yakni semata-mata mencari ridha Allah dan apa yang dilakukan adalah dalam hal yang sesuai dengan syari’ah agama.

Wednesday 16 December 2015

Budaya Kerja dalam Konsep Islam ( bagian 6




Amalan Al-ShuraIslam menggalakkan umatnya sentiasa memberi dan menerima pendapat dan membuat sesuatu keputusan dengan terlebih dahulu meninjau pendapat mereka yang berkenaan supaya keputusan yang dibuat dapat mengambil kira keperluan setiap orang dalam kumpulan. Dalam hubungan ini mesyuarat dan konsultasi di kalangan pengurus dan pekerja amat dialu-alukan. Sebaik-baiknya setiap unit-unit ‘Al-Shura’ ¹ samada untuk menyelesaikan masalah di peringkat unit ataupun menyelesaikan masalah di peringkat organisasi. Allah memerintahkan manusia supaya mengamalkan prinsip Al-Shura

Tuesday 15 December 2015

Budaya Kerja dalam Konsep Islam ( bagian 5 )




11) Gaji Yang Berpatutan Dan Pembayaran Yang SegeraIslam mensyaratkan setiap pekerja diberi ‘gaji’ º yang berpatutan dan upahan dibayar dengan seberapa segera yang mungkin. Majikan juga perlu memikirkan faktor-faktor lain seperti rawatan hospital, pampasan hilang keupayaan dan jaminan kehidupan selepas bersara.Islam menganggap upah yang tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan adalah sebagai pemerasan yang menyentuh hak asasi manusia. Islam mengutuk perbuatan sedemikian.

Monday 14 December 2015

Perspektif Pendidikan dalam Konsep Islam ( Bagian 4 )



7) Menghayati sifat-sifat MahmudahSetiap pengurus dan pekerja harus setiap masa dan ketika berusaha memahami dan menghayati melalui proses pengibadatan ‘sifat-sifat mahmudah’ º di samping berusaha mengikiskan sifat-sifat mazmumah di dalam kehidupan seharian termasuk di dalam suasana bekerja. Sifat-sifat ini tidak mungkin dapat diterapkan tanpa proses mujahadah khususnya memerangi kehendak nafsu syahwat yang tidak terbatas itu. Cabaran dan ancaman yang terbesar yang dihadapi oleh pengurus dan pekerja adalah cabaran menyekat kehendak nafsu syahwat. Setiap manusia perlu menghadapi cabaran ini dengan penuh keinsafan dan waspada kerana syaitan dan iblis yang menjadi musuh utama manusia begitu bijak tipu helah mereka dalam usaha mereka untuk menipu helah manusia.

Sunday 13 December 2015

Perspektif Pendidikan dalam Konsep Islam ( bagian 3 )

5) Menyedari kepentingan nilai moral dan agama di dalam pekerjaan.
Di dalam Islam tiap-tiap satu pekerjaan yang dilakukan mempunyai nilai moral dan
¹ ‘agama’ yang mesti sentiasa disedari. Bekerja bukanlah semata-mata untuk mendapatkan keuntungan material tetapi yang lebih penting lagi adalah merupakan tuntutan atau obligasi moral dan agama yang dilakukan semata-mata bagi tujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Allah telah menyediakan semua keperluan manusia untuk hidup di muka bumi ini. Manusialah yang seharusnya mencari, mengusaha dan menggunakan sumber-sumber keperluan tersebut daripada berbentuk bahan mentah hinggalah ke peringkat barangan yang dapat dimanfaatkan. Segala usaha yang dilakukan akan dicatitkan sebagai amal soleh atau amal jariah yang akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah S.W.T.
Kebaikan dan nilai sesuatu pekerjaan yang dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah banyak disebutkan di dalam hadith. Salah satu daripada hadith tersebut berbunyi:
“Barangsiapa yang di waktu petangnya merasakan kelelahan sebab kerja tangannya,maka diwaktu petang itulah ia terampuni dosanya”
º Objektif : Tujuan atau matlamat yang ingin dicapai.
¹ Agama : Ad-Din iaitu agama Allah yakni Islam.

6) Penggunaan masa di peringkat optima
Islam memberi penghargaan yang tersangat tinggi kepada masa. Umur manusia merangkumi tahun,bulan,jam,minit dan saat yang kesemuanya menggambarkan masa yang dibahagi-bahagi mengikut bahagian tertentu. Masa adalah barangan atau modal yang semestinya dimanfaatkan secara baik-baiknya dan tidak sekali-kali boleh disia-siakan.
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran. ”
( surah Al-Asr ayat 1-3)

Saturday 12 December 2015

Budaya Kerja dalam Konsep Islam ( bagian 2 )


3) Berdisiplin

Oleh kerana bekerja merupakan tugas yang tidak dapat dielakkan dan merupakan tanggungjawab agama, maka pekerja ini pula haruslah mematuhi ‘disiplin’ ¹, nilai dan etika kerja yang tertentu. Pekerja juga haruslah mempunyai sikap dan penilaian yang positif dalam melaksanakan tugasnya pekerja juga haruslah menentukan objektif kerjanya di antara mencapai hasil kebendaan dalam bentuk rezeki untuk dirinya sendiri dan orang – orang di bawah tanggungannya dan habuan tertentu untuk masyarakatnya. Pekerja juga harus mengimbangi di antara kepentingan peribadinya dan kepentingan orang-orang lain di dalam masyarakatnya. Bekerja dalam konteks ini pula tidaklah terhad untuk kelompok-kelompok tertentu atau jenis tertentu sahaja. Malahan bekerja adalah menjadi tugas lelaki dan perempuan seperti firman Allah S.W.T.
“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman,maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”
surah Al-Nahl,ayat 97.
¹ Disiplin : Taat atau patuh kepada arahan pengurus atau majikan.
4) Objektif kehidupan dunia berhubungkait dengan objektif kehidupan akhirat
Di dalam apa sahaja yang dilakukan seseorang pengurus dan pekerja mesti dapat menghubungkait di antara objektif kehidupan dunia iaitu untuk menunaikan keperluan-keperluan kehidupan seharian dengan º ‘objektif ’ kehidupan akhirat iaitu mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Setiap apa yang dilakukan berada di bawah pengawasan Allah S W T. Perasaan sentiasa merasakan kewujudan ketuhanan menyebabkan seseorang itu merasai pentingnya melakukan sesuatu di tahap yang terbaik daripada Allah. Jika terdapat pengurus dan pekerja yang cuba memisahkan kehidupan dunia dan kehidupan akhirat dalam ertikata mementingkan kehidupan dunia dan mengesampingkan kehidupan akhirat, sesungguhnya tindakan sedemikian adalah bertentangan dengan kehendak Allah. Al-Quran menyanggah sikap sedemikian :
“Tetapi kamu(orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal”
surah Al-A`alaa ayat 16-17.
Adalah menjadi suatu perkara yang tidak sejajar dengan islam seandainya seorang pengurus atau pekerja terlalu mementingkan kehidupan akhirat sehingga meninggalkan tuntutan dunia. Jika ini berlaku umat islam akan berada di dalam keadaan kerugian lantaran meninggalkan tuntutan dunia dan keperluan keduniaan. Adalah menjadi keperluan bagi umat Islam maju dalam semua lapangan seperti pendidikan, pelbagai kajian saintifik, perindustrian dan perkilangan, pertanian dan ternakan dan sebagainya. Seorang pengurus atau pekerja bukan sahaja bertanggungjawab menentukan tertunainya kehendak dan keperluan diri dan keluarga, tetapi juga tuntutan dan keperluan masyarakat dan ummah. Semakin produktif seseorang pengurus dan pekerja, maka semakin produktiflah masyarakat dan ummah. Berikutan dengan itu, semakin bermaknalah kehidupan seseorang pengurus atau pekerja di dalam masyarakatnya dan juga di dalam amalan keIslamannya.


Friday 11 December 2015

Budaya Kerja dalam Konsep Islam ( Bagian 1 )

BUDAYA KERJA CEMERLANG MENURUT AGAMA ISLAM PENGENALAN 
 Budaya kerja ditakrifkan sebagai etika kerja yang di dalamnya terangkum berbagai-bagai perkara yang diperlukan di dalam rangka mencapai matlamat sesebuah organisasi. Budaya kerja ini termasuklah mencapai matlamat,penggunaan sumber-sumber dan faktor pengeluaran mengikut peraturan-peraturan dalaman dan luaran yang telah dikanunkan hubungan manusia di dalam organisasi,hubungan di antara pekerja dengan pihak pengurusan,perlaksanaan hak dan tanggungjawab,peraturan bekerja,kelahiran suasana bekerja yang kondusif, peranan disiplin di dalam menentukan kestabilan organisasi dan sebagainya. Pada masa-masa yang lalu,persoalan budaya kerja ini tidak dibicarakan secara serius. Bagi kita terutamanya orang-orang melayu Islam, bekerja merupakan satu perkara yang dilakukan secara spontan setiap hari atau sebagai satu “routine” yang tidak melibatkan perancangan, etika,

Thursday 10 December 2015

Perpaduan antara IPTEK dan Amal


Perpaduan antara IPTEK dan Amal

Peran Islam dalam perkembangan iptek dan seni pada dasarnya ada 2 (dua). Pertama, menjadikan Aqidah Islam sebagai paradigma (cara pandang) ilmu pengetahuan dan seni. Paradigma inilah yang seharusnya dimiliki umat Islam karena   Aqidah Islam ini wajib dijadikan landasan pemikiran  bagi seluruh ilmu pengetahuan.