Perspektif Pendidikan dalam Konsep Islam ( Bagian 4 )
7)
Menghayati sifat-sifat MahmudahSetiap pengurus dan pekerja harus setiap masa dan ketika berusaha memahami dan
menghayati melalui proses pengibadatan ‘sifat-sifat mahmudah’ º di samping
berusaha mengikiskan sifat-sifat mazmumah di dalam kehidupan seharian termasuk
di dalam suasana bekerja. Sifat-sifat ini tidak mungkin dapat diterapkan tanpa
proses mujahadah khususnya memerangi kehendak nafsu syahwat yang tidak terbatas
itu. Cabaran dan ancaman yang terbesar yang dihadapi oleh pengurus dan pekerja
adalah cabaran menyekat kehendak nafsu syahwat. Setiap manusia perlu menghadapi
cabaran ini dengan penuh keinsafan dan waspada kerana syaitan dan iblis yang
menjadi musuh utama manusia begitu bijak tipu helah mereka dalam usaha mereka
untuk menipu helah manusia.8) Sentiasa menilai dan membaiki pekerjaanUntuk menjadi pengurus dan pekerja yang baik mereka seharusnya memperuntukkan
masa dan kesempatan untuk menilai dan seterusnya membaiki tugas dan pekerjaan
yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Di peringkat individu mereka harus
dapat memeriksa diri mereka untuk mencari kelemahan yang boleh dibaiki dan
mereka harus dapat menilai penghasilan dan produktiviti yang diusahakan
berbanding dengan tanaman modal tenaga dan pemikiran yang telah disumbangkan.
Perkara yang berhubung dengan penilaian, keberkesanan sumbangan seseorang
individu dan pekerjaan yang dilakukan boleh dilihat daripada aspek yang lebih
luas meliputi syarikat, badan-badan korporat dan juga badan-badan kerajaan dan
separa kerajaan. Dari semasa ke semasa kajian perlu dibuat atas urusan
pengendalian tugas dan tanggungjawab ataupun pengeluaran dan penghasilan dari
sudut setakat mana keberhasilan, kerberkesanan dan kecekapan sesuatu tugas atau
kerja yang diusahakan.9) Tidak Membenarkan Amalan Pilih KasihBudaya kerja Islam mahukan setiap pengurus dan pekerja menentukan bahawa
pekerja-pekerja dilayan dengan adil, bebas dari amalan ‘pilih kasih’ ¹. Islam
sentiasa menekankan keperluan mempertahankan keadilan dan memusuhi penindasan.
Dalam Al-Quran ada sepotong ayat yang bermaksud :“ Sesungguhnya Allah menyuruh(kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi
kepada kaum kerabat dan Allah melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan
permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil
pekerjaan. ”( An-Nahl:90)Pekerja-pekerja hendaklah dilayan dengan penuh rasa kasih sayang dan kemesraan
serta simpati. Mereka mesti dapat merasakan rasa kehormatan diri dan tidak
pernah merasakan rasa rendah diri walaupun mereka berada di tahap pekerja
bawahan. Mereka mesti dibimbing dan diasuh supaya dapat merasakan bahawa mereka
adalah penting dan tanpa mereka organisasi tidak mungkin menjadi kukuh.º Sifat-sifat mahmudah : Sifat-sifat terpuji yang disukai oleh Allah.¹ Pilih kasih : salah satu daripada sifat-sifat yang dibenci oleh Allah10) Sentiasa Memberi Perhatian Kepada Keperluan PekerjaPihak yang bertanggungjawab seharusnya menyediakan kemudahan-kemudahan asasi
kepada setiap pekerja seperti menyediakan tempat dan suasana bekerja yang
kondusif. Pihak pengurusan hendaklah sentiasa mendengar dan menimbangkan
sebarang rungutan dan aduan dengan penuh rasa simpati dan seboleh-bolehnya
menyelesaikan rungutan dan aduan tersebut dengan segera. Pekerja-pekerja pula
hendaklah sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak pengurusan dengan tidak
mengambil tindakan yang terburu-buru yang akan melemahkan organisasi dan
akhirnya melemahkan ummah. Pada masa ini ramai wanita-wanita yang diambil
bekerja dan pihak pengurusan mestilah sentiasa memberi perhatian istimewa
kepada kumpulan pekerja yang seperti ini lantaran mereka memerlukan layanan dan
keperluan yang agak berbeza daripada pekerja lelaki. Pada setiap masa dan
ketika faktor moral dan akhlak hendaklah menjadi asas utama dalam memberi
layanan dan menunaikan kehendak dan permintaan pekerja-pekerja wanita. Pihak
pengurusan haruslah juga membina suasana kehormatan kepada kaum wanita kerana
kehormatan kepada kaum wanita adalah merupakan asas terpenting di dalam
mewujudkan kestabilan akhlak dan moraliti.
No comments:
Post a Comment