5)
Menyedari kepentingan nilai moral dan agama di dalam pekerjaan.
Di dalam Islam tiap-tiap satu pekerjaan yang dilakukan mempunyai nilai moral
dan
¹ ‘agama’ yang mesti sentiasa disedari. Bekerja bukanlah semata-mata untuk
mendapatkan keuntungan material tetapi yang lebih penting lagi adalah merupakan
tuntutan atau obligasi moral dan agama yang dilakukan semata-mata bagi tujuan
mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Allah telah menyediakan semua keperluan
manusia untuk hidup di muka bumi ini. Manusialah yang seharusnya mencari,
mengusaha dan menggunakan sumber-sumber keperluan tersebut daripada berbentuk
bahan mentah hinggalah ke peringkat barangan yang dapat dimanfaatkan. Segala
usaha yang dilakukan akan dicatitkan sebagai amal soleh atau amal jariah yang
akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah S.W.T.
Kebaikan dan nilai sesuatu pekerjaan yang dilakukan semata-mata untuk
mendapatkan keredhaan Allah banyak disebutkan di dalam hadith. Salah satu
daripada hadith tersebut berbunyi:
“Barangsiapa yang di waktu petangnya merasakan kelelahan sebab kerja
tangannya,maka diwaktu petang itulah ia terampuni dosanya”
ยบ Objektif : Tujuan atau matlamat yang ingin dicapai.
¹ Agama : Ad-Din iaitu agama Allah yakni Islam.
6) Penggunaan masa di peringkat optima
Islam memberi penghargaan yang tersangat tinggi kepada masa. Umur manusia
merangkumi tahun,bulan,jam,minit dan saat yang kesemuanya menggambarkan masa
yang dibahagi-bahagi mengikut bahagian tertentu. Masa adalah barangan atau
modal yang semestinya dimanfaatkan secara baik-baiknya dan tidak sekali-kali
boleh disia-siakan.
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan
nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya
menetapi kesabaran. ”