Amalan Al-ShuraIslam menggalakkan umatnya sentiasa memberi dan menerima pendapat dan membuat
sesuatu keputusan dengan terlebih dahulu meninjau pendapat mereka yang
berkenaan supaya keputusan yang dibuat dapat mengambil kira keperluan setiap
orang dalam kumpulan. Dalam hubungan ini mesyuarat dan konsultasi di kalangan
pengurus dan pekerja amat dialu-alukan. Sebaik-baiknya setiap unit-unit
‘Al-Shura’ ¹ samada untuk menyelesaikan masalah di peringkat unit ataupun
menyelesaikan masalah di peringkat organisasi. Allah memerintahkan manusia
supaya mengamalkan prinsip Al-Shura “Kerana itu maafkanlah mereka,mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermesyuaratlah
dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan
tekad,maka bertawakkal kepada Allah menyukai kepada orang-orang yang
bertawakkal kepadaNya. ”Sementara itu Nabi telah menjanjikan bahawa seseorang yang sentiasa
bermesyuarat di dalam mengendalikan urusannya dengan izin Allah ia tidak akan
binasa daripada tindakan yang diambilnya. Ini dijelaskan oleh sebuah hadith
berbunyi : Tidak mungkin seseorang binasa sesudah bermesyuarat. ”14) Pembahagian Tugas Berdasarkan Kepakaran dan KebolehanBidang ilmu pengetahuan amatlah luas. Setiap individu tidak mungkin menguasai
sebahagian besar daripada cabang-cabang ilmu yang terdapat di dalam Islam.Bagi mendapatkan tenaga dan kemahiran yang kena pada tempat dan masanya Islam
memberi perhatian yang istimewa kepada kebolehan dan ‘kepakaran’ º seeorang
pekerja. Pihak pengurusan hendaklah bijak menyusun tugas dan menentukan tugas
itu dikendalikan oleh mereka yang benar-benar arif di dalam bidang tersebut.
Tindakan menyerahkan sesuatu tugas dan tanggungjawab yang tidak sejajar dengan
kebolehan, kemampuan dan kemahiran seseorang pekerja boleh menimbulkan kesan
yang buruk serta akan menjejaskan prestasi individu tersebut yang akhirnya
menjejaskan organisasi. Sabda Rasulullah S.A.W:“Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya,tunggulah
masanya(kehancuran). ” (Riwayat Muslim)¹ Al-shura : iaitu satu mesyuarat yang diadakan untuk berbincang hal-hal yang
berkaitan dengan pekerjaan yang dilakukan.º Kepakaran : iaitu kehebatan atau kemahiran yang dimiliki oleh seseorang
individu dalam sesuatu bidang.
No comments:
Post a Comment