11)
Gaji Yang Berpatutan Dan Pembayaran Yang SegeraIslam mensyaratkan setiap pekerja diberi ‘gaji’ º yang berpatutan dan upahan
dibayar dengan seberapa segera yang mungkin. Majikan juga perlu memikirkan
faktor-faktor lain seperti rawatan hospital, pampasan hilang keupayaan dan
jaminan kehidupan selepas bersara.Islam menganggap upah yang tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan adalah sebagai
pemerasan yang menyentuh hak asasi manusia. Islam mengutuk perbuatan
sedemikian. Untuk menggambarkan sanjungan Islam kepada tenaga yang telah dicurahkan, ajaran
Islam mengkehendaki supaya pekerja-pekerja dibayar upah mereka sebaik-baiknya
setelah mereka selesai melakukan kerja yang diperuntukkan itu.
Menangguh-nangguhkan bayaran upah tanpa sebab yang munasabah adalah dianggap
sebagai penindasan dan kezaliman. Nabi Muhammad S.A.W. mengajar kita dengan
sabdanya :“Jelaskanlah upah pekerja itu sebelum kering peluh mereka. ”(Riwayat Ibn Majah)12) Bekerja Dengan Tekun Dan Cekap ¹Ketekunan adalah satu sifat yang amat diperlukan oleh seseorang pekerja. Setiap
pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan masing-masing sekiranya mereka tekun.
Rasulullah S.A.W.bersabda :“Sesungguhnya Allah amat suka seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan
tekun. ”Hadith ini menunjukkan bahawa sesuatu pekerjaan itu hendaklah dilakukan dengan
serius dan bersungguh-sungguh. Komitmen yang tidak berbelah bagi kepada pekerjaan
yang dilakukan dalam konteks membesarkan Allah S.W.T. adalah merupakan suatu
perkara yang kurang dihayati oleh pengurus dan pekerja muslim. Prinsip
kesungguhan dan ketekunan hendaklah menjadi landasan kepada falsafah bekerja
bagi memungkinkan penghasilan dan produktiviti para pekerja sentiasa meningkat.º Gaji : iaitu satu imbuhan atau bayaran yang dikenakan selepas tenaganya
dikerah¹ Tekun dan cekap: Salah satu daripada sifat mahmudah yang harus dimiliki oleh
setiap pekerja.
No comments:
Post a Comment