Oleh kerana bekerja merupakan tugas yang tidak dapat dielakkan dan merupakan
tanggungjawab agama, maka pekerja ini pula haruslah mematuhi ‘disiplin’ ¹,
nilai dan etika kerja yang tertentu. Pekerja juga haruslah mempunyai sikap dan
penilaian yang positif dalam melaksanakan tugasnya pekerja juga haruslah
menentukan objektif kerjanya di antara mencapai hasil kebendaan dalam bentuk
rezeki untuk dirinya sendiri dan orang – orang di bawah tanggungannya dan
habuan tertentu untuk masyarakatnya. Pekerja juga harus mengimbangi di antara
kepentingan peribadinya dan kepentingan orang-orang lain di dalam
masyarakatnya. Bekerja dalam konteks ini pula tidaklah terhad untuk
kelompok-kelompok tertentu atau jenis tertentu sahaja. Malahan bekerja adalah
menjadi tugas lelaki dan perempuan seperti firman Allah S.W.T.
“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh lelaki atau perempuan dalam keadaan
beriman,maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan
sesungguhnya akan kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih
baik dari apa yang telah mereka kerjakan”
surah Al-Nahl,ayat 97.
¹ Disiplin : Taat atau patuh kepada arahan pengurus atau majikan.
4) Objektif kehidupan dunia berhubungkait dengan objektif kehidupan akhirat
Di dalam apa sahaja yang dilakukan seseorang pengurus dan pekerja mesti dapat
menghubungkait di antara objektif kehidupan dunia iaitu untuk menunaikan
keperluan-keperluan kehidupan seharian dengan ยบ ‘objektif ’ kehidupan akhirat
iaitu mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Setiap apa yang dilakukan berada di
bawah pengawasan Allah S W T. Perasaan sentiasa merasakan kewujudan ketuhanan
menyebabkan seseorang itu merasai pentingnya melakukan sesuatu di tahap yang
terbaik daripada Allah. Jika terdapat pengurus dan pekerja yang cuba memisahkan
kehidupan dunia dan kehidupan akhirat dalam ertikata mementingkan kehidupan
dunia dan mengesampingkan kehidupan akhirat, sesungguhnya tindakan sedemikian
adalah bertentangan dengan kehendak Allah. Al-Quran menyanggah sikap sedemikian
:
“Tetapi kamu(orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan
akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal”
surah Al-A`alaa ayat 16-17.
Adalah menjadi suatu perkara yang tidak sejajar dengan islam seandainya seorang
pengurus atau pekerja terlalu mementingkan kehidupan akhirat sehingga
meninggalkan tuntutan dunia. Jika ini berlaku umat islam akan berada di dalam
keadaan kerugian lantaran meninggalkan tuntutan dunia dan keperluan keduniaan.
Adalah menjadi keperluan bagi umat Islam maju dalam semua lapangan seperti
pendidikan, pelbagai kajian saintifik, perindustrian dan perkilangan, pertanian
dan ternakan dan sebagainya. Seorang pengurus atau pekerja bukan sahaja
bertanggungjawab menentukan tertunainya kehendak dan keperluan diri dan
keluarga, tetapi juga tuntutan dan keperluan masyarakat dan ummah. Semakin
produktif seseorang pengurus dan pekerja, maka semakin produktiflah masyarakat
dan ummah. Berikutan dengan itu, semakin bermaknalah kehidupan seseorang
pengurus atau pekerja di dalam masyarakatnya dan juga di dalam amalan
keIslamannya.
No comments:
Post a Comment