google-site-verification: google314e099c36007d9d.html Problems of Education: Budaya Kerja dalam Konsep Islam ( Bagian 1 )

Friday 11 December 2015

Budaya Kerja dalam Konsep Islam ( Bagian 1 )

BUDAYA KERJA CEMERLANG MENURUT AGAMA ISLAM PENGENALAN 
 Budaya kerja ditakrifkan sebagai etika kerja yang di dalamnya terangkum berbagai-bagai perkara yang diperlukan di dalam rangka mencapai matlamat sesebuah organisasi. Budaya kerja ini termasuklah mencapai matlamat,penggunaan sumber-sumber dan faktor pengeluaran mengikut peraturan-peraturan dalaman dan luaran yang telah dikanunkan hubungan manusia di dalam organisasi,hubungan di antara pekerja dengan pihak pengurusan,perlaksanaan hak dan tanggungjawab,peraturan bekerja,kelahiran suasana bekerja yang kondusif, peranan disiplin di dalam menentukan kestabilan organisasi dan sebagainya. Pada masa-masa yang lalu,persoalan budaya kerja ini tidak dibicarakan secara serius. Bagi kita terutamanya orang-orang melayu Islam, bekerja merupakan satu perkara yang dilakukan secara spontan setiap hari atau sebagai satu “routine” yang tidak melibatkan perancangan, etika,
peningkatan mutu dan sebagainya. Dengan itu kerja pada kebanyakan orang kita bolehlah dilakukan ala-kadar sahaja,malah ada yang beranggapan bahawa kerja merupakan satu perkara yang boleh dibuat atau tidak buat ditangguhkan dahulu, dibuat secukupnya. Contohnya memenuhi pepatah “kais pagi,makan pagi,kais petang,makan petang” ¹ dan mungkin orang yang terlalu kuat bekerja itu akan dianggap sebagai orang yang terlalu ghairah mengejar sesuatu atau berkorban lebih dari had yang sepatutnya. ¹ Kais pagi,makan pagi,kais petang,makan petang: = orang yang terlalu daif,yang hanya mampu menyara hidupnya sahaja. Di dalam Islam telah ditetapkan beberapa ciri budaya kerja cemerlang. Di antaranya ialah: 1) Niat kerana Allah S.W.T. Bekerja dalam islam memerlukan niat yang baik dan hasil yang baik itu menjadikan seseorang itu lebih bertanggungjawab. ‘ Niat yang ikhlas kerana Allah’º menjadikan pekerja itu bersikap jujur dan tidak berputus asa atau merasa kecewa dengan halangan dan cabaran yang ditemuinya, tidak mudah berpuas hati dengan pencapaiannya malah akan berusaha mencapai hasil yang lebih baik dan akan bertindak sebagai penyumbang kepada pihak lain, bukan hanya menerima bantuan dari orang lain kerana sebagai seorang yang dinamik, menyumbang kepada kebajikan dan matlamat orang lain dan kerjanya haruslah bersih dan suci dari sebarang unsur-unsur negatif dan haram. 2) Seseorang yang jujur dan beramanah Menurut Agama Islam, bekerja adalah satu tuntutan dan satu keperluan. Jika kerja itu menepati beberapa syarat tertentu, bekerja itu menjadi satu ibadat yang dituntut oleh Allah S.W.T. dan seharusnya dilaksanakan dengan penuh jujur, amanah dan bertanggungjawab supaya tanggungjawab dan ‘amanah’ ¹ yang ditunaikan dengan baik itu dibalas dengan balasan baik di hari akhirat nanti. Dalam masa yang sama, kerja yang dilaksanakan sebagai tanggungjawab ibadat ini juga menjadi tugas dan kewajipan suci dan tidak lagi menjadi tugas peribadi di mana individu itu boleh menolak atau menerimanya. ¹ Amanah: salah satu

daripada sifat mahmudah yang terdapat dalam diri orang-orang yang bertaqwa. º Niat kerana Allah: Nawaitu seseorang pekerja atau pengurus ialah untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment