Seorang insan yang sejati mempunyai jatidiri, dihiasi dengan akhlak yang tinggi. dan akan lahirl dalam reality apabila adanya asas-asas yang sejati.
1. 1. 1: PENGERTIAN.
Jatidiri bermaksud diri yang tulen, diri yang murni. Dari segi istilah jatidiri
ialah sikap atau perangai murniyang telah sebati dengandiri seseorang sama ada
berbentuk luaran atau dalaman.
Melayu beerti nama suatu bangsa dan bahasa(di semenanjung malaysia); masuk
melayu beerti mengikut cara hidup orang melayu atau masuk Islam. Melayu ialah
yang beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan melayu –Islam
Melayu juga diertikan sebagai seseorang yang menganut agama Islam, lazim
bercakap Bahasa Melayu, mengikut adat istiadat Melayu dan lahir atau berdomisil
di Persekutuan atau Singapura.
Hamka pula menakrifkan Melayu sebagai setiap orang yang berbahasa Melayu.
Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan. Bangsa Melayu wujud dan berkembang
atas landasan Islam. Mereka yang menolak Islam akan tersisih dari masyarakat
Melayu.
1. 1. 2: MELAYU DARI SUDUD PERLEMBAGAAN
Dalam bahagian 11, Ceraian 12(3) ada menyebut : seseorang itu tidak akan
dipaksa mendapat pengajaran dalam agama atau ikut serta dalam sesuatu upacara
perlaksanaan ajaran sesuatu agama lain daripada agamanya sendiri.
Islam tidak menggalakkan penganutnya memaksa orang lain memasuki Islam dengan
kekerasan sebagaimana firman Allah yang bermaksud, tidak ada paksaan dalam
Islam.
Dalam bahagian 1V, ceraian 34(1) menyebut: yang di-Pertuan Agong tidak akan
menjalankan tugas Sultan dari negeri-negeri bahagian melainkan tugas-tugas
selaku ketua dari agama Islam.
Keseluruhannya undang-undang Islam belum lagi dilaksanakan sepenuhnya di
Malaysia, tetepi kita boleh berusaha memastikan undang-undang ini dapat
dilaksanakan dengan baik dan adil.
PENGETAHUAN YANG MENCUKUPI DAN KEFAHAMAN YANG TEPAT.
Pengetahuan yang mencukupi bermaksud memiliki ilmu yang perlu untuk membolehkan
seseorang mengetahui sesuatu yang perlu dalam kehidupannya, seperti ilmu
tentang Al-Quran dan Sunnah Rasulullah yang boleh membawa dirinya mengenali
Allah sebagai Rabb’ dan akan menjadikan Allah sebagai Illahnya.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
“Orang yang paling baik antara kamu ialah mereka yang mempelajari al-Quran dan
mengajarnya kepada orang lain. ”
Antara ilmu yang perlu untuk melayakkan seseorang itu memiliki pengetahuan yang
luas ialah bahasa Arab. Dengan menguasai bahasa Arab seseorang itu dapat
memahami al-Quran dan al-Sunnah dengan baik dan lebih menepati maksudnya yang
sebenar. Selain itu bahasa Arab juga adalah bahasa yang digunakan dalam ibadah
solat yang merupakan tiang agama. Solat adalah salah satu amalan atau tarbiah
yang paling berkesan untuk membentuk insane yang berakhlak dan berkualiti.
Ilmu lain seperti ulum al-Quran,Ulum al-Hadith, sirah Rasulullah,sejarah
islam,ilmu Fiqh, dan ilmu yang berkaitan dengan ilmu agama amat penting dalam
membentuk kepada asas jatidiri seorang muslim.
Selain itu ilmu lain seperti Teknologi Maklumat, Sains, Matematik, Kejuruteraan
dan sebagainya juga penting.
Dengan ilmu yang mencukupi dapatlah memandu seseorang memahami Islam
sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Dengan cara ini dapatlah mereka
menghadapi dan berdepan dengan pelbagai ideology dan aliran pemikiran yang
wujud dengan mudah.
Asas – asas yang perlu ada pada seseorang muslim,
“ Hendaklah mendalami ilmu agama serta berusaha untuk menambahnya dan memahami
masalah – masalah yang berlaku di kalangan orang Islam serta sentiasa menyebarkan
pengetahuan dan kepakarannya dan hendaklah memantapkan bidang pengkhususannya.
”(Mustafa Mashur)
Petikan diatas menjelaskan bahawa seorang muslim perlu kepada ilmu agama yang
mendalam serta berusaha mempertingkatkannya. Ia juga perlu memahami reality
yang berlaku dalam masyarakat,khususnya umat Islam. Seorang muslim juga perlu
mempertingkatkan bidang kepakaran masing –masing serta memberi khidmat kepada
masyarakat.
Tanpa asas ilmu yang mencukupi, manusia tidak mampu menjalani kehidupan sebagai
seorang muslim yang sebenar. Ini beerti kehidupannya jauh dari cirri-ciri
manusia yang berkualiti dan mempunyai jatidiri seperti yang diharapkan.
PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN ASAS JATIDIRI
Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah berkaitan dengan
perintah supaya “MEMBACA. ”
Firman Allah yang bermaksud,
“Bacalah(wahai Muhammad) dengan nama Tuhan engkau yang menciptakan(sekelian
makhluk). Dia mencipta manusia dari segumpal darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu
yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dan mengajar
manusia apa yang mereka tidak ketahui. ”
RUMUSAN AYAT
Membaca adalah perintah Allah yang pertama kpd. Nabi Muhammad yang menunjukkan
betapa pentingnya membaca untuk memehami dan mengetahui sesuatu.
Perkara pertama yang perlu diketahui manusia ialah mengenali Allah sebagai Rabb
al-Alamin. Allah sebagai punca dan sumber bagi segala makhluk yang wujud.
Allah sebagai sumber ilmu. Allah mengajar Adam dan manusia seluruhnya sesuatu
yang mereka tidak ketahui. Untuk memperolehi ilmu, manusia memerlukan peralatan
yang sesuai atau wasilah tertentu. Allah menyebut dalam ayat diatas ialah
qalam.
Ayat diatas menunjukkan betapa pentingnya ilmu pengetahuan sebagai asas yang
perlu dimiliki oleh manusia untuk melaksanakan tugas mereka sebagai khalifah di
bumi.
Tidak sama orang yang berilmu dengan mereka yang jahil. Firman Allah yang
bermaksud :
"katakanlah( wahai Muhammad) apakah sama antara mereka yang mengetahui
dengan orang-orang yang tidak mengetahui. "
Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa tidak sama mereka yang berilmu dengan
golonganyang jahil. Untuk menjadi seorang muslim sejati,tidak mungkin untuk
memperolehinya tanpa ilmu dan kefahaman.
Orang yang berilmu mempunyai pandangan dan kefahaman yang tepat.
"Allah telah menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Dia, demikian juga
dipersaksikan oleh para malaikat dan mereka yang memiliki ilmu…. "
Ayat diatas menunjukkan bahawa orang yang berilmu dapat memahami dan mengenali
Allah dengan kefahaman yang betul dan seterusnya mempersaksikan bahawa tiada
Tuhan selain Allah. Mereka yang jahil terdedah kepada kekeliruan dan tidak
dapat mengenali Allah. Sedangkan mengenali Allah adalah perkara yang paling
utama dan pertama. Sesiapa yang tidak mengenali Allah, dialah orang yang
benar-benar jahil.
Seorang penyair telah berkata :
"Si jahil itu telah mati walau ajal belum menjemputnya. tubuhnyan itulah
kuburnya meskipun ia belum dikebumikan. "
Orang yang baik dan berkualiti adalah mereka yang dipilih oleh Allah. Pilihan
Allah ini dikurniakan dengan asas dan kefahaman.
Sabda Rasulullah yang bermaksud :
"sesipa yang Allah inginkan kebaikan padanya ia akan diberi kefahaman
tentang agama. "
Hadith di atas antara lain bermaksud bahawa kefahaman tentang agama adalah
antara perkara asas dan syarat untuk seseorang itu menjadi muslim yang baik dan
diiktiraf oleh Allah.
. Rasullullah adalah contoh manusia terbaik. Baginda memiliki segala kualiti
diri yang diperlukan bagi menjadi insan mithali. Antara asas penting yang
dianugerahkan Allah kepadanya ialah wahyu yang mengandungi segala macam ilmu
pengetahuan dan kefahaman.
Rasulullah mendidik para sahabat dengan memberi ilmu pengetahuan dan membentuk
akhlak yang tinggi. Antara sahabat Rasulullah yang terkenal dengan kefahaman
yang tinggi dan tepat ialah Omar al-Khattab. Rasulullah pernah bermimpi baginda
dibawa segelas susu lalu baginda meminumnya dan mengalir tumpahan susu itu
melalui celah-celah jari baginda. kemudian baginda beri tumpahan itu kepada
Omar. Sahabat bertanya, apakah tafsir mimpi tersebut,baginda menjawab itulah
ilmu. (AL-Bukhari, Sohih al-bukhari,(TRJ YADIM),jilid 1,1994,h. 91)
Hadith di atas menunjukkan bahawa Rasulullah saw adalah manusia yang sangat
banyak ilmunya yang dikurniakan oleh Allah dan dari limpahan ilmu baginda, ia
dapat dirasai oleh para sahabat. Dalam konteks hadith di atas disebut oleh Omar
al-Khattab. Omar sendiri merupakan seorang yang tinggi kefahaman agamanya,
bijak dan adil dalam pemerintahannya.
Beliau berkata:
" Hendaklah memahami dahulu sebelum kamu memimpin. "(Ibid, h. 83)
ilmu adalah syarat utama yang perlu di dahulukan sebelum amal Al-Qaradawi
meletakkan satu tajuk ' keutamaan Ilmu Bagi Sesuatu Amalan '. dalam bukunya Fi
Fiqh al-Awlawiyat. Di dalam tajuk ini dijelaskan keutamaan ilmu sebelum
melakukan sesuatu.
"Sesiapa melakuan sesuatu perkara tanpa ilmu, ia lebih banyak membawa
kerosakan daripada kebaikan. "(Omar Abd. Aziz. )
KE ARAH PENGUASAAN ILMU DAN KEFAHAMAN YANG TEPAT
Ilmu dan kefahaman adalah pemberian Allah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
Allah kurniakan ilmu kepada seseorang melalui sebab-ssebab tertentu seperti
belajar bersungguh-sungguh, kuliah, pembacaan buku, kajian, dan sebagainya.
Ringkasnya, ilmu yang diberikan oleh Allah kepada seseorang adalah disebabkan
oleh usaha dan faktor-faktor tertentu.
Justeru manusia perlu menyusun strategidan pelan tindakan untuk mencapai
objektif tersebut. antaranya ialah,
Menyedari bahawa menuntut ilmu itu wajib. Tanpa ilmu seseorang itu tidak
mungkin menjadi muslim yang sebenar.
Berusaha mencari guru yang mampu memberi pengajaran dan kefahaman serta
pendidikan yang sebenarberdasarkan model Rasulullah bersama dengan para sahabat
sebagai generasi contoh.
Membuat perancangan strategik dalam pembelajaran dan pendidikan.
Mencari kawan yang baik dan pintar serta sentiasa mewujudkan suasana
pembelajaran dan tarbawi.
Memilih dan membaca buku-buku yang sesuai.
Memperbetulkan diri dengan islam melalui mujahadah al-Nafs dan mujahadah
al-Syaitan.
Meninggalkan dosa dan sentiasa melakukan perkara yang wajib.
Menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai sumber utama.
Sentiasa berdoa
Bertawakkal kepada Allah.
KEIMANAN YANG TINGGI
PENGERTIAN IMAN
"Rasulullah apabila ditanya oleh Malaikat Jibril tentang pengertian iman,
baginda menjawab,"Iman ialah engkau beriman dengan Allah, beriman akan
bertemu dengan Allah, para rasul, hari kebangkitan dan beriman dengan Qada' dan
Qadar sepenuhnya. "(riwayat muslim)
Ibnu Mas'ud berkata :
"Yakin itu adalah iman keseluruhannya. "(al-Bukhari)
menurut Dr. Yusoff al-Qaradawi :
" iman ialah kepercayaan yang meresap dalam hati dengan penuh keyakinan,
tidak bercampur syak dan ragu serta memberi pengaruh baru bagi pandangan hidup,
tingkahlaku dan perubatan sehari-hari. Justeru iman bukanlah semata-mata ucapan
lidah, bukan sekadar perbuatan dan juga bukan hanya merupakan pengetahuan
tentang rukun-rukun iman ". (Al-Qaradawi, Iman dan Kehidupan)
Iman bukan sekadar pengakuan lidah semata-mata, sedangkan hati menolak.
Iman bukan semata-mata melakukan perbuatan atau amalan dan syiar yang biasa
dilaksanakan oleh orang-orang yang beriman, sedangkan didalam hatinya kosong
dari rasa kebaikan dan keikhlasan.
Iman bukan semata-mata mengetahui erti dan hakikat iman, kerana ramai dari
kalangan manusia yang mengetahuinya tetapi menolak.
Iman memerlukan kefahaman dan keyakinan yang teguh tanpa ada keraguan.
Iman melahirkan semangat bekerja dan berkorban.
Iman melahirkan akhlak yang tinggi dengan hati yang kusyuk dan kehidupan yang
teratur serta sentiasa melakukan amal yang berguna.
ASAS-ASAS KEIMANAN
Para ulamak merumuskan bahawa iman mempunyai enam asas iaitu rukun iman iaitu :
1)beriman kepada Allah
_ meyakini tentang kewujudan Allah.
_ mengenali Allah
_ faham dan yakin dengan wahyu Allah
_ mengesakan Allah dari segi Rububiyah dan UluhiyahNya dan melaksanakan
tuntutan kedua-duanya dalam aspek kehidupan
2)beriman kepada malaikat
_ malaikat berfungsi sebagai kakitangan Allah yang memegang berbagai-bagai
jawatan dan tugas-tugas tertentu seperti membawa wahyu, menjaga Arasy,
mengambil nyawa, menjaga pintu langit dan sebagainya.
3)beriman dengan kitab
_yang merupakan wahyu Allah yang disampaikan kepada rasul untuk disebarkan
kepada umatnya sebagai panduan dalam kehidupan mereka contohnya Suhuf,
Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran.
4)beriman kepada Rasul
_ setiap muslim mesti mengetahui dan yakin bahawa Allah telah mengutuskan
bagi setiap umat, rasul untuk menyeru manusia menyembah Allah(dengan
mengikut cara hidup Islam) dan menjauhi serta meninggalkan taghut.
_ firman Allah yang bermaksud:
" dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan bagi setiap umat seorang rasul
untuk mengajak manusia menyembah Allah dan menjauhi taghut ".
5)beriman dengan hari akhirat
_setiap muslim mesti mengetahui dan yakin bahawa selepas kehidupan dunia akan
terdapat satu lagi kehidupan iaitu akhirat. Manusia akan dibangkitkan semula
selepas kematian. Mati adalah perpindahan dari alam dunia ke alam akhirat.
6)beriman dengan qada dan qadar Allah
_ orang mukmin sepatutnya mengetahui, memahami, dan meyakini konsep takdir
Allah. Allah takdirkan manusia ada ynag lelaki, perempuan berbangsa melayu,
arab, cina dan sebagainya. Justeru itu orang mukmin harus terima takdir Allah
samada baik atau buruk. Mungkin sesuatu yang buruk pada pandangan manusia,
mempunyai hikmah di sisi Allah dan demikianlah sebaliknya.
Terdapat banyak ayat yang menerangkan tentang qada’ dan qadar Allah, antaranya
ialah :
“dan sesuatu di sisi Allah ada ketentuannya. ”(al-Ra’d : 8)
CARA-CARA BERHADAPAN DENGAN TAKDIR ALLAH
Redha dengan takdir Allah samada baik atau buruk. sesungguhnya Allah Maha Adil
dan Maha Mengetahui.
Bersyukur seandainya menerima takdir yang baik.
Bersabar sekiranya ditakdirkan dengan sesuatu yang tidak baik(pada pandangan
kita). Mungkin terdapat hikmah disebaliknya.
Sentiasa berusaha dan berwaspada. Sifat ini adalah cara hidup Islam dan ia
merupakan ibadah.
Sentiasa berdoa
Bertawakkal
Tidak sah iman seseorang sekiranya ia menolak salah satu daripada asas-asas
tersebut.
No comments:
Post a Comment